Apa itu "Shutter speed"
Shutter speed (kelajuan penutup) adalah kadar masa penutup terbuka atau juga boleh didefinisikan sebagai kelajuan kamera mengambil gambar.
Shutter Speed harus lebih besar dari ukuran lensa, missalnya
jika panjang lensa kita 55m gunakan shutter speed 1/60.
penggunaan shutter speed di atas merupakan penggunaan
shutter speed untuk mendapatkan hasil foto yang tajam .
• Jika kita ingin
menangkap foto yang sedang bergerak, gunakan shutter speed tinggi. Semakin
cepat benda atau objek foto bergerak semakin tinggi juga tetapan Shutter Speed
yang harus digunakan .
Teknik pengambilan foto ini biasa di sebut teknik “freeze”
fotografi .

• Kadangkala ada
orang yang memang ingin menghasilkan foto yang kabur . Penggunaan shutter speed
rendah dalam mengambil objek yang bergerak akan menghasilkan foto kabur, teknik
pengambilan foto berikut di namakan teknik “bulb” fotografi.
Shutter speed diukur dalam unit saat, selalunya pecahan saat. Semakin besar jumlah penyebut, semakin laju shutter speed. Contohnya, 1/1000 lebih laju daripada 1/30.
Selalunya, shutter speed yang akan digunakan adalah 1/60. Hal ini kerana apa sahaja yang lebih perlahan akan lebih sukar digunakan tanpa menyebabkan kamera bergetar. Getaran akan menyebabkan gambar yang diambil menjadi kabur.
Jika ingin menggunakan shutter speed yang lebih rendah daripada 1/60, anda memerlukan kaki tiga (tripod) atau pengstabil imej.




No comments:
Post a Comment