Apa itu Exposure?
Exposure (dedahan) merupakan jumlah cahaya yang diterima
oleh filem. Kamera mengawal jumlah cahaya dalam dua cara melalui jumlah masa
shutter di buka dan melalui saiz aperture pada lensa.menyebabkan esposure yang
sama dapat diperolehi daripada pelbagai kombinasi shutter speed dan aperture. Memberi filem
anda exposure yang tepat pada dasarnya memberi hasil yang menarik untuk imej
yang dirakamkan tetapi persoalannya ialah, apakah exposure yang tepat untuk
sesuatu babak? Untuk kebanyakan subjek, jawapannya adalah mudah dan jelas
terdapat di dalam gambar yang diambil.
Exposure yang tepat merupakan pendapat dan pilihan masing-masing.
Menganggar Exposure
Semua kamera moden 35mm SLR dan yang berformat setengah
SLRs, mempunyai meter cahaya yang berada di sebelah lensa. Ia digunakan untuk mengetahui jumlah exposure
yang diperlukan oleh sesuatu subjek menggunakan film speed. Meter cahaya ini
mudah menyala-sel sensitif yang memastikan jumlah cahaya yang terdapat pada
subjek. Jumlah cahaya diukur, sekali
lagi dengan menggunakan skala separuh dan berganda. Sebagai contoh, 5 bermaksud terdapat dua kali
cahaya sebagaimana di paras 4 dan separuh sebagaimana di paras 6.
Film speed perlu ditetapkan dengan tepat bagi memperolehi
bacaan exposure yang tepat. Apabila
permukaan ditetapkan pada paras cahaya yang sesuai, kombinasi julat f-stop dan
shutter speed ditunjukkan. Semuanya akan menghasilkan exposure yang sama.
Seting exposure yang sesuai mungkin diberi pada paparan digital. Pelbagai meter cahaya hand-held boleh
didapati yang digunakan secara berasingan dari kamera.
Spot Metering
Meter mengambil nyalaan bacaan daripada sebahagian kecil
subjek yang dikenali sebagai spot. Pemilihan spot sangat penting kerana spot
yang dipilih merupakan ton yang dikehendaki bagi dedahan cahaya yang tepat.
Center Weighted Metering
Meter mengambil nyalaan bacaan daripada subjek tetapi tempat
yang menjadi tumpuan adalah di tengah-tengah kawasan.
Matrix Metering
Dengan cara ini, meter mengambil beberapa bacaan merintasi
bingkai dan membandingkan ia dengan pangkalan data yang disimpan dalam memori
sistem.




No comments:
Post a Comment