BALANCE (KESEIMBANGAN)

Keseimbangan Dalam Fotografi

Balance
Satu peraturan komposisi yang tidak selalu dibincangkan adalah 'Balance' yang bermaksud keseimbangan.

Walaupun keseimbangan merupakan peraturan yang sukar untuk dibincangkan, tidak seperti Rule of Thirds, keseimbangan merupakan faktor komposisi yang harus diambil kira semasa merakamkan gambar.  
Mungkin cara terbaik untuk belajar tentang keseimbangan adalah dengan melihat gambar yang tidak mempunyai keseimbangan.
Satu perkara yang selalu dilakukan adalah mengambil gambar yang tertumpu kepada sesuatu subjek tetapi telah menyebabkan kekosongan di bahagian yang lain. 

Imej tidak semestinya perlu sama pada setiap bahagian, tetapi kadangkala imej boleh diperbaiki dengan mempunyai titik tarikan kedua yang membelakangi titik utama sesuatu imej dan memenuhi ruang yang kosong. 

Mencapai keseimbangan dalam sesuatu tangkapan imej adalah sesuatu yang mengambil masa untuk dipelajari oleh jurugambar. Cara terbaik untuk mempelajari keseimbangan adalah dengan melihat semula imej-imej yang lama. 

No comments:

Post a Comment